Komunite Seni Jalan Telawi

::ratakan padang::

Name:
Location: Jalan Telawi, Bangsar Baru, Kuala Lumpur, Malaysia

Monday, April 03, 2006

Media Perlu Etika Untuk Menjaga Moral

KUALA LUMPUR: Media perlu beretika bagi memelihara moral dan integrasi, kata Fellow kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) Dr Muhammad Uthman ElMuhammady.


Beliau berkata media merupakan sambungan daripada fungsi Nabi Muhammad S.A.W sebagai menyampai ilmu, maklumat dan kebenaran. "Media ada bersangkut paut dengan pembentukan manusia, ia bukan perkara main-main. Media menjadi alat dominasi jika berada di tangan kuasa besar," katanya.

Beliau merupakan ahli panel pada wacana Intelek Komunikasi bertajuk 'Kebebasan Media dan Sensitiviti Agama', anjuran Jabatan Komunikasi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Open Dialogue Centre, di sini malam ini (Khamis).

Seorang lagi ahli panel, Prof Dr Mohd Safar Hashim dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata adakalanya pengamal media merasa dikongkong undang-undang yang berkaitan media dan percetakan.

Namun begitu katanya undang-undang perlu untuk mengelak sesuatu yang menyentuh sensitiviti.Yang penting, penyiaran karikatur oleh akhbar Denmark harus dijadikan iktibar oleh pengamal media dan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, katanya.
"Kita harus bertanggungjawab terhadap kebebasan yang ada supaya tidak menimbulkan kekacauan," katanya.

Seorang lagi ahli panel, Ahmad Lutfi Othman dari Harakah berkata kejadian penyiaran karikatur Nabi Muhammad tidak harus dijadikan alasan untuk "mengacip" media di negara ini.

Hasmi Hashim dari Komunite Seni Jalan Telawi pula berkata penyiaran karikatur tersebut harus dilihat secara mendalam supaya rakyat tidak hilang rasional dan menjadi terlalu sensitif.
Ketua Jabatan Komunikasi UPM, Dr Abdul Mua'ti Alias Zamri Ahmad merupakan moderator wacana itu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home