Komunite Seni Jalan Telawi

::ratakan padang::

Name:
Location: Jalan Telawi, Bangsar Baru, Kuala Lumpur, Malaysia

Thursday, March 09, 2006

Hina Nabi: Bahana faham perkauman

KARIKATUR menghina Nabi Muhammad yang disiarkan oleh surat khbar Jyllands-Posten berpunca daripada semangat perkauman segelintir masyarakat Eropah yang membenci pendatang asing, termasuk daripada Asia.Menjelaskan perkara ini, wakil Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT),

hasmi Hashim

Hasmi Hashim, 30, [foto atas] berkata, sejak selepas Perang Dunia ke-2, dengan kemasukkan ramai pekerja asing di beberapa negara Eropah, pergeseran antara pendatang dan penduduk asal masih kuat sehingga menimbulkan beberapa rusuhan.“Pada 1964 di Perancis berlaku rusuhan yang besar yang melibatkan kaum pendatang yang menuntut hak dan layanan lebih baik daripada pemerintah Perancis,” kata beliau dalam program Debat Telawi di sebuah hotel di Petaling Jaya, 7 Mac lalu.

Debat ini ditunggu-tunggu kerana selepas beberapa isu penutupan dan pergantungan media di negara ini, belum ada pihak yang sanggup bersemuka dan menyatakan pandangan secara bersemuka.“Begitu juga kepada surat khabar Jyllands-Posten, mereka mencari satu simbol untuk menghina pendatang yang rata-ratanya adalah Muslim. Oleh itu, mereka merasakan imej Muhammad sebagai simbol terbaik untuk menghina dan merendahkan kaum imigran,” tambahnya lagi.

Rentetan 12 siri kartun yang disiarkan Jyllands-Posten pada hujung September tahun lalu, bantahan dan rusuhan di kalangan umat Islam merebak di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.Namun begitu, penutupan kepada beberapa media seperti Sarawak Tribune dan Guang Ming Daily juga dilakukan oleh pemerintah yang berdiri atas teras yang sama ialah daripada sistem politik perkauman.“Sentimen umat Islam yang dibakar ini hanya bertujuan untuk kepentingan politik, dan saya tidak bersetuju dengan penutupan apa-apa media sekalipun.

Kalau media melakukan kesalahan, maka wajar dibawa ke muka pengadilan dan bukan dibungkam atas perintah kuasa politik,” kata Hasmi lagi.Beliau berkata, pandangan Professor Dr Tariq Ramadan turut menjelaskan bahawa umat Islam wajar dapat melihat kepada teras masalah sebenar bagi menyelesaikan isu ini dengan baik.“Jangan sampai tindakan kita sebagai Muslim tersasar daripada masalah sebenar dan berentetan untuk membaikot barangan Denmark.

Apakah surat khabar kita tidak bersifat assabiyah?“Kita boleh dengar bagaimana dalam satu keadaan pemimpin politik di negara ini bercakap tentang perjuangan dan keadilan semua kaum, tetapi seminggu selepas itu di Batu Pahat , dia bercakap pula untuk membela orang Melayu. Ini adalah kata-kata politik dan kita harus menolak apa jua parti politik perkauman,” hujah Hasmi.

Selain itu, wakil daripada Pergerakan Pemuda Umno, Shamsul Najmi, 40, [foto bawah] pula berkata, beliau hadir bukan atas kapasiti parti itu tetapi terpanggil untuk membela Nabi.“Saya hadir sebagai seorang Islam dan sebagai seorang Islam saya harus membela Nabi Muhammad. Sejadah di masjid pun kita tidak boleh pijak sebarangan, inikan pula Nabi yang kita kasihi,” kata Shamsul.

Shamsul Najmi

Beliau turut menambah, sekalipun dalam beberapa perkata Umno dan Pas mempunyai perbezaan pandangan, tetapi perbezaan itu tidaklah terlalu jauh sehingga kedua parti Melayu itu tidak boleh bersatu dalam hal membela Nabi atau isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan agama, bangsa dan negara.Debat ini dianjurkan rentetan penutupan dan penggantungan beberapa surat khabar di negara ini yang dikatakan menyiarkan kembali kartun yang menghina Nabi. Ketua wartawan di media The Star, Fathi Aris Omar bertindak sebagai moderator debat.

Debat yang dianjurkan oleh Open Dialogue Center (ODC) ini dihadiri oleh kira-kira 70 hadirin daripada pelbagai kelompok.Menurut wakil Dewan Pemuda Pas, Hanipa Maidin, 40, [foto bawah] pula, partinya menolak apa juga usaha untuk menutup media.“Kami tidak bersetuju dengan penutupan media.

Hanipa Maidin

Namun begitu, kebebasan media harus datang dengan tanggungjawab, dan kebebasan itu tentunya ada batas,” kata Hanipa.Beliau juga menyatakan bahawa dewan pemuda Pas juga tidak bersetuju dengan akta yang mengokong media seperti Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang menjadi alat untuk pihak pemerintah mengokong media, termasuk media-media yang pembangkang.Hanipa turut menyanggah kenyataan Hasmi bahawa parti itu bersama Umno hanya meraih keuntungan politik atas isu karikatur menghina Nabi.

Namun begitu, beliau mengakui bahawa memang setiap parti politik sentiasa ada matlamat untuk meraih keuntungan dan sokongan politik daripada rakyat sebagai pengundi.Hasmi sebelum itu berkata, parti-parti politik yang membakar sentimen atas isu karikatur Nabi lebih mengutamakan keuntungan politik yang mana akhirnya tidak juga memberi keuntungan dan manfaat kepada rakyat terbanyak apabila surat khabar semakin terkongkong dan ditutup.

Menurutnya, penggunaan apa juga akta yang zalim adalah pelanggaran kepada konsep karamah insaniah yang disebutkan oleh filasuf Pico Dilla Milandola."Dari konsep inilah Eropah bangkit daripada zaman gelap dan membuka zaman cerah," tambah Hasmi.Beberapa wakil media seperti Utusan Malaysia, Siasah, News Straits Time, Kosmo!, Merdekareview dan Malaysiakini hadir dalam majlis yang julung-julung kalinya diadakan ini.

(Berita dari: Sariberita)

Friday, March 03, 2006

Debat Kartun Hina Nabi, 7 Mac

3 Mac 2006 (Jumaat) --- Selepas isu karikatur menghina Nabi Muhammad bergegar di seluruh dunia, tidak tertinggal di Malaysia -- sehingga mengorbankan beberapa akhbar harian dan mendorong kontroversi panjang dengan media utama arus perdana -- Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT) dengan dukungan Open Dialogue Center (ODC) akan menganjurkan debat umum pada 7 Mac 2006, bagi membincangkan pro dan kon isu besar ini.

Debat ini pertama kali diadakan di negara kita sepanjang isu tersebut membahang, kira-kira sepanjang Februari lalu.

Menurut pengumuman pihak penganjur, debat ini akan mempertemukan ketua penerangan Pemuda PAS, Mohamad Hanipa Maidin dan koordinator pemantauan media KsJT, Hasmi Hashim.

Maklumat lengkap acara tersebut seperti berikut:

Debat Umum: Kartun Hina Nabi

Tarikh: 7 Mac 2006 (Selasa)
Tempat: Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya. Untuk alamat hotel, klik di sini
Jam: 8 malam

Debat ini akan dimoderasikan oleh aktivis media bebas Fathi Aris Omar, kini seorang ketua wartawan di mStar Online (satu penerbitan The Star).

Program tentatif seperti berikut:

8:00 malam - 8:30 malam -Kehadiran dan Pendaftaran.
8:45 malam - 11:00 malam -Debat.
11:00 malam - Bersurai.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai ODC, M R Mustaqeem

telefon: (03) 20 94 42 60
faksimili: (03) 20 94 12 60

e-mel: pekankoboi@yahoo.com