Komunite Seni Jalan Telawi

::ratakan padang::

Name:
Location: Jalan Telawi, Bangsar Baru, Kuala Lumpur, Malaysia

Wednesday, February 22, 2006

Diskusi Warung: Masyarakat sivil & gerakan pelajar

Satu perbincangan ilmiah tentang keadaan masyarakat sivil dan gerakan pelajar di Malaysia telah diadakan oleh Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT) , Ahad lalu, di bangunan Open Dialogue Center (ODC), Bukit Damansara.

Diskusi mingguan yang hadiri lebih 10 orang di kalangan penulis, mahasiswa dan aktivis itu telah membangkitkan beberapa teori ilmiah, analisa dan perkembangan terkini isu-isu hasil kajian akademik pembentang jemputan Meredith Weiss, seorang zamil penyelidik di East-West Center, Amerika Syarikat.

Meredith baru menghasilkan sebuah buku awal tahun ini bertajuk Protest and Possibilities: Civil society and coalitions for political change in Malaysia.

Dalam diskusi lebih 2 jam itu, pelbagai perkara telah dibincangkan, antaranya bentuk dan perkembangan masyarakat sivil dan gerakan mahasiswa, perubahan trend dalam kelompok-kelompok sivil dan peranan masyarakat sivil yang lebih bermakna bagi memajukan masyarakat.

Diskusi ini kali keempat dianjurkan dalam siri Diskusi Warung KsJT yang bermula awal tahun ini. Program ini direka sebagai pelantar anak muda, siswa, aktivis, seniman dan agamawan (atau, sesiapa yang berminat) untuk menyampaikan idea mereka secara teratur tetapi dalam bentuk yang santai.

Setakat ini enam kertas kerja telah berjaya dibincangkan; ia meliputi isu-isu transgender, imagologi, kes khalwat (pertembungan nilai enakmen syariah dan sivil) dan falsafah kuantum (hubungan dengan isu metafizik).

Kertas kerja tambahan turut disediakan untuk bacaan sokongan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home