Komunite Seni Jalan Telawi

::ratakan padang::

Name:
Location: Jalan Telawi, Bangsar Baru, Kuala Lumpur, Malaysia

Monday, December 12, 2005

Sejarah awal

Komunite Seni Jalan Telawi, atau KsJT, bermula sebagai perkumpulan sembang anak muda secara bebas dan sukarela tetapi serius dan beragam. Ia bermula di Jalan Telawi, Bangsar Baru ketika majalah Siasah (kini tidak beroperasi) mula digerakkan pada pertengahan 2002.

Komunite ini satu kata yang ganjil dan sering menimbulkan tanda tanya. Ia kelihatan sebuah kata Inggeris atau kata Indonesia yang dipinjam dari perkataan Inggeris. Tetapi sebenarnya tidak. 'Komunite' itu ciptaan baru untuk menggambarkan kegiatan berdiskusi dan menikmati teh tarik di warung-warung di pinggir Jalan Telawi.

Untuk tidak dikenali sebagai 'kaki warung' atau 'kaki sembang', maka anak-anak muda ini memperkenalkan diri sebagai 'komuniti minum teh (tarik)' -- ringkasnya, 'ko-muni-teh'.

Bermula daripada beberapa anak muda yang meminati seni, wartawan, aktivis, artis dan mahasiswa, ia kemudiannya perlahan-lahan berkembangan akhir tahun itu melalui satu kegiatan membaca puisi dan persembahan seni 'APUKe' -- satu lagi akronim yang boleh disebut secara salah dan nakal -- atau 'Acara baca puisi keliling'.

Disebut 'keliling' kerana ia diadakan di tempat-tempat berbeza di Kuala Lumpur dan Shah Alam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home