Komunite Seni Jalan Telawi

::ratakan padang::

Name:
Location: Jalan Telawi, Bangsar Baru, Kuala Lumpur, Malaysia

Friday, September 20, 2002

Pendiri utama

Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT) bermula secara tidak rasmi sewaktu pergolakan politik nasional mencapai puncaknya, era Reformasi 1998-2001. Ramai siswa, aktivis muda dan intelektual duduk-duduk berdiskusi di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Gombak.

Renungan kembali peristiwa-peristiwa politik ini mendorong beberapa aktivis muda, hampir semuanya usia 20-an, membentuk kelompok diskusi buku, apresiasi sastera seni, perdebatan falsafah dan agama, selain perbahasan awam isu-isu politik semasa.

Walau ramai lagi yang terbabit dalam arus ini, beberapa nama ini dianggap sebagai pendiri-pendiri utama KsJT, sejak pertengahan 2002:

Aktivis, penulis dan penggiat seni Hasmi Hashim mendapat pendidikan tinggi di Institut Teknologi Mara (ITM), Shah Alam sebelum menyumbang rencana-rencana kritik seni dan sastera di Berita Harian pada 2000.

Wartawan, penterjemah dan editor buku M R Mustaqeem menerima pendidikan syariat di sebuah universiti di Jordan sebelum terlibat aktif dengan dunia penerbitan bersama Berita Keadilan (2001-2002), majalah seni budaya Siasah (2002-2003) dan laman web JalanTelawi.com (2005).

Aktivis, penulis sambilan dan penggerak anak muda Amir Sari menimba pengalaman kampus sepanjang era reformasi di Universiti Putra Malaysia (UPM) sebelum bertugas sebagai koordinator program di Institut Kajian Dasar (IKD).

Wartawan, aktivis media bebas dan penulis kolum Fathi Aris Omar bergiat aktif dalam gerakan mahasiswa Islam sebelum menulis untuk akhbar pembangkang, majalah dan akhbar-akhbar harian utama, berbahasa Melayu dan Mandarin, sebelum menyertai Malaysiakini.com (1999-2001) dan kini bertugas untuk satu projek penerbitan berbahasa Melayu dalam talian.

Kumpulan anak muda ini tidak menetapkan matlamat dan struktur khusus --- ia bukanlah sebuah organisasi rasmi. KsJT dibangunkan dengan semangat berfikir kritis (critical inquiry) dalam hampir semua bidang kehidupan.

Bosan dengan kekangan budaya, politik dan sosial di sekeliling mereka, teman-teman KsJT menolak proses indoktrinasi yang sering disumbatkan oleh generasi tua, parti-parti politik, institusi rasmi dan pendapat-pendapat umum.

KsJT bukan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) seperti lazim disebut di negara kita; aktivismenya lebih cenderung kepada gerakan kebudayaan dan pemikiran tetapi fokusnya tetap pada idealisme kebebasan, demokrasi dan hak asasi --- idealisme yang membuka medan wacana dan aliran idea.

Komunite ini percaya pada komitmen anak muda untuk mendepani zaman dan membuka diri masing-masing pada kemungkinan-kemungkinan baru yang ditawarkan oleh zaman ini, zeitgeist.

Sesiapa sahaja dengan semangat ini boleh membina kelompoknya sendiri atau bergabung dengan kami --- tiada komitmen lain kecuali pada akal, idealisme dan idea.

3 Comments:

Blogger din said...

Assalamualaikum
Betoi ka penghinaan ke atas nabi itu semata-mata atas isu 'perkauman
Dari sejarah yang anda paparkan itu hanyalah satu hipotesis sedangkan kalau saya bentangkan dalam bentuk sejarah

8:25 AM  
Blogger din said...

tak habih lagi cite tadi
Kalau kita nak bentangkan dalam bentuk sejarah perang salib dimana pada ketika itu kuasa eropah bersatu menentang Islam di bawah pimpinan Sultan Salehuddin dimana kebanyakkan peperangan dimenangi oleh Sultan salehuddin tetapi sikap seorang Raja Islam memberikan keadillan kepada semua agama termasuk Kristian pada masa itu, tetapi sifat orang-orang Eropah yang menganut Kristian amat tidak senang dengan Islam. kita lihat sejarah Cardova bila kekalahan Islam apa yang dibuat oleh raja-raja Kristian umat Islam dihalau dan juga dibunuh lihat apa yang dilakukan penjajah Kristian ke atas bumu Islam contoh Aceh bagaimana begitu kuat sekali Belanda ........ minta maaf saya sendiri tidak larat menceritakan PENGANIAYAAN ORANG EROPAH KE ATAS UMAT ISLAM KINI AMEREKA BANYAK PERISTIWA PAHIT. YANG SAYA HERAN KITA YANG MENGAKU UMAT ISLAM MELIHAT PERSEPSI INI BUKAN DARI KACAMATA ISLAM PASAI APA, TUJUAN SAYA BUKAN SURUH BUNUHHHHHHHHHHHHHH ORANG BUKAN ISLAM TETAPI KITA HANYA MINTA HAKKKKKKKKKKKKKKKKK KITA SEBAGAI ORANG ISLAM ITU SAJA JANGAN MENGHINAAAAAAAAAAAAAAAAAA NABI KAMI

8:38 AM  
Blogger gfh said...

Welcome to lineage 2 adena Our WoW Gold, wow power leveling Online Maple Story mesos Store wow gold for World Guild Wars Gold Of Warcraft power leveling, Cheap 2moon dil WoW Gold, FFXI Gil World Of lotro gold Warcraft Gold, final fantasy gil warcraft goldlord of the rings gold

9:33 AM  

Post a Comment

<< Home